Saturday, October 5, 2013

Kenali Penyakit Tibi

Tahukah anda penyakit tibi adalah salah satu penyakit yang dianggap antara yang tertua di dunia,ia merupakan sejenis penyakit berjangkit utama yang boleh membawa maut malah lebih ditakuti berbanding penyakit denggi!,kali pertama penyakit ini dilaporkan dikesan pada serpihan tulang belakang mumia Mesir sekitar tahun 460 sebelum masihi.Kebanyakan mereka yang dijangkiti kuman tibi tidak akan mendapat penyakit kerana kuman kuman ini akan terpendam dan tidak aktif di dalam badan seseorang sehinggalah sistem imunisassi mereka gagal menghalang kuman kuman ini dari membiak di dalam badan.Sesetengah orang yang dijangkiti akan mendapat penyakit tibi sebaik sahaja dijangkiti iaitu sebelum sempat sistem pertahanan badan mereka melawan kuman kuman ini.Sesetengah individu pula hanya jatuh sakit beberapa tahun kemudian apabila kuman kuman yang dahulunya diam di dalam badan menerima isyarat bahawa sistem imunisasi mereka telah menjadi lemah.Sesetengah pula hidup hingga keakhir hayat walaupun kuman di dalam tubuh mereka kerana sistem daya tahan tubuh yang tinggi.
Kuman tibi disebabkan kuman mycobacterium bacillus berwarna merah,sangat halus dan hanya dapat dilihat dengan mikroskop.Ianya ditemui oleh Dr.Robert Koch pada 24 mac 1882 di Jerman.Dianggarkan 90 peratus dari kuman tibi biasanya menyerang paru paru dan dikenali sebagai tibi pulmonari,walau bagaimanapun ianya juga boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian lain tubuh seperti buah pinggang,kulit,mata,kelenjar leher,tulang,otak dan lain-lain bahagian melalui aliran darah.
Penyakit tibi merebak apabila pesakit tibi pulmonari aktif batuk,bersin atau bercakap,mereka mengeluarkan beribu ribu kuman daripada paru paru atau kerongkong dalam bentuk titisan halus yang berterbangan di udara.Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi kuman kuman ini berisiko dijangkiti penyakit ini.Lazimnya mereka yang rapat seperti kaum keluarga atau rakan sekerja paling berisiko dijangkiti.
Tanda tanda dijangkiti penyakit ini adalah seperi berikut:
1)Batuk yang berkahak selama 2 minggu atau lebih.
2)Kahak yang mengandungi darah.
3)Demam serta berpeluh terutamanya pada malam hari.
4)Berasa sakit dada apabila batuk atau ketika menghela nafas.
5)Badan terasa lemah dan mudah letih.
6)Hilang selera makan.
Jika mengalami tanda seperti di atas adalah dinasihati untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital berdekatan,pemeriksaan kahak dan x-ray boleh mengesahkan bahawa tubuh telah dijangkiti penyakit ini.Pesakit yang telah dijangkiti hendaklah mendapatkan rawatan berterusan.Rawatan boleh mengambil masa sehingga enam bulan walaupun pesakit berasa sihat ketika tempoh berkenaan,jika dipatuhi secara sempurna pesakit boleh disembuhkan.

No comments:

Post a Comment