Saturday, October 5, 2013

Apa Itu Qadyani?

Sebelum memulakan saya ingin menegaskan isi kandungan di dalam tulisan ini bukanlah untuk mempromosi tetapi sekadar perkongsian dan untuk menambahkan pengetahuan kita bersama.
Apakah itu Qadyani?
Qadyani merupakan sebuah gerakan yang mula berkembang pada sekitar tahun 1900 di sebuah tempat bernama Qadyan atas rencana Inggeris di benua kecil India dengan matlamat utama untuk menjauhkan kaum muslimin dari agama Islam yang sebenar dan fardu jihad secara khusus agar mereka tidak lagi menentang penjajah atas nama Islam.Majalah al-Adyan(agama)diterbitkan dalam bahasa Inggeris adalah antara bahan propaganda yang digunakan dalam perencanaan ini.
Tokoh utama gerakan Qadyani ialah Mirza Ghulam Ahmad al-Qadyani(1839-1908),beliau merupakan pengasas kepada gerakan sesat ini.Beliau berasal dari keturunan sebuah keluarga yang terkenal pengkhianatannya kepada agama.Beliau juga dikatakan mempunyai masalah emosi dan ketagihan dadah(jenis apa tidak dapat dipastikan).
Antara ajaran Qadyani ialah:
1)Meyakini bahawa Mirza Ghulam adalah al-Masih yang dijanjikan.
2)Meyakini bahawa Tuhan itu berpuasa,solat,tidur,terjaga,menulis,melakukan kesalahan dan lain lain lagi.
3)Qadyani juga mempercayai bahawa Tuhan adalah orang Inggeris dan berkata kata menggunakan bahasa Inggeris.
4)Qadyani juga mempercayai bahawa nubuwat(kenabian)tidak berakhir kepada nabi Muhammad s.a.w tetapi terus berjalan.Allah lah yang mengutuskan rasul rasul mengikut keperluannya dan Mirza Ghulam adalah nabi yang paling utama di antara para nabi.
5)Meyakini bahawa Jibril a.s turun membawa wahyu kepada Mirza Ghulam.
6)Mereka juga meyakini bahawa tidak ada al-Quran selain al-quran al-masih yang dijanjikan kepada Mirza Ghulam dan tiada hadis selain apa yang diajarkan olehnya serta tiada nabi kecuali di bawah kendaliannya.
7)Meyakini bahawa kitab mereka yang bernama al-kitab al-Mubin(kitab yang jelas)adalah bukan al-Quran.
8)Mereka mempercayai bahawa syariat mereka adalah yang tersendiri dan pengikut pengikut Mirza Ghulam adalah seperti para sahabat.
9)Mempercayai bahawa Qadyan itu serupa dengan Madinah al-Munawwarah dan Makkah bahkan lebih utama,ianya merupakan tanah haram dan tempat pengikut Qadyani menunaikan haji
10)Mempercayai jihad tidak ada dalam Islam dan rakyat harus patuh kepada Inggeris kerana menurut dakwaan Mirza Ghulam British adalah wali.
11)Menurut mereka setiap muslim adalah kafir sehinggalah mereka menuruti ajaran Qadyani,bernikah dengan orang dari golongan selain Qadyani juga akan menyebabkan penganutnya(Qadyani)menjadi kafir.
12)Menghalalkan arak,candu,dadah dan segala yang memabukan.
Mereka banyak terpengaruh dengan ajaran kristian dan yahudi dalam akidah dan kelakuan meskipun pada zahirnya mereka mengaku sebagai sebahagian dari ajaran Islam.
Qadyani mempunyai hubungan rapat dengan Israel malah Israel juga memberi bantuan dengan membuka pusat pusat pendidikan,penebitan majalah dan buku buku untuk diedarkan ke seluruh dunia.Majoriti penganut Qadyani menetap di India,Pakistan terdapat juga di Indonesia dan Malaysia,kalau anda pergi ke Kg.Nakhoda di Batu Caves anda boleh terjumpa pengikut Qadyani di situ termasuk rumah ibadat mereka.
Mirza Ghulam Ahmad mati pada tahun 1908 dan digantikan oleh Nurudin,menurut cerita yang saya dengar dari seorang ustaz,Mirza sebelum kematiannya telah dijangkiti cirit birit dan mati setelah jatuh kedalam lubang tandas dan lemas di situ(bukan seperti lubang tandas yang ada di rumah anda jadi jangan bayangkan)dia juga menurut ustaz itu dikebumikan di dalam lubang tandas tersebut.Namun terdapat riwayat yang mengatakan dia mati di sebuah tempat lain dan mayatnya dibawa pulang ke Qadyani di atas keldai selama beberapa hari,begitu sekali penghinaan yang diterima oleh pengkhianat agama Allah ini. wallahualam sekian perkongsian saya insha Allah saya akan berkongsi info2 menarik di lain masa.Terima kasih.

No comments:

Post a Comment